IIUM Holdings Sdn Bhd

Serahan Bakul Raya 4.0

Majlis Serahan Bakul Raya 4.0 di Lobi Azman Hashim Complex

Pada 5 April 2024, IIUM Holdings (IIUMH) Sdn Bhd bersama-sama dengan Office for Strategy and Institutional Change (OSIC) telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Bakul Raya 4.0 bertempat di Lobi Azman Hashim Complex.

Di pihak IIUMH telah diwakili oleh Encik Zahari Salleh (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan) dan Puan Hajah Zety Fazilah binti Baharuddin (Ketua Unit Komunikasi Korporat). Manakala bagi pihak OSIC pula diwakili oleh Dr. Zurina Abd Ghani (Timbalan Pengarah Kanan).

Pada tahun ini, majlis ini merupakan majlis kali ke-4 penyerahan bakul raya yang telah diasaskan oleh Hoorin Ain Usrah. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan rasa kebersamaan dengan komuniti UIAM kepada para pekerja Daya Bersih Sdn Bhd seterusnya memberi mereka peluang untuk menyambut raya dengan kegembiraan.

Semoga dengan sumbangan yang disalurkan ini, dapat membantu meringankan beban mereka di musim perayaan ini.

Untuk gambar penuh, sila layari: Web IIUM | Facebook

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top