
Rukun Haji merupakan asas dalam pelaksanaan ibadah haji yang wajib dipenuhi oleh setiap jemaah. Sekiranya salah satu daripada rukun ini tidak dilaksanakan, ibadah haji menjadi tidak sah, tidak sempurna atau tergantung, serta masih tertakluk dengan larangan ihram.
Berikut adalah enam (6) Rukun Haji yang perlu diberi perhatian:
- Niat Ihram Haji
Memasuki ihram dengan niat untuk mengerjakan haji mengikut waktunya. - Wuquf di Arafah
Berada di Padang Arafah pada waktu dan tarikh yang ditetapkan. - Tawaf di Kaabah
Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali secara tertib. - Sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah
Berjalan ulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit ini. - Bergunting atau Bercukur Rambut
Sebagai tanda tahallul atau keluar daripada ihram. - Tertib
Menjaga urutan dan pelaksanaan semua rukun mengikut tertib yang betul.
Memahami dan melaksanakan rukun ini dengan tepat adalah asas bagi memastikan ibadah haji diterima dan diberkati Allah SWT.
Kredit Infografik: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM