IIUM Holdings Sdn Bhd

Dr Suzana dilantik Pengarah Besar Felda

DATUK Dr Suzana Idayu Wati Osman menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengarah Besar Felda, bagi menggantikan Datuk Amiruddin Abdul Satar yang menamatkan perkhidmatannya pada 14 Oktober lalu.

Felda menerusi kenyataan media berkata, pelantikan Suzana yang menjadi wanita pertama memegang jawatan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam menggerakkan pembangunan ekonomi negara.

Katanya, langkah itu seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan penyertaan wanita dalam semua sektor sebagai pemaju utama ke arah Malaysia yang progresif dan mampan.

“Suzana berpengalaman luas dalam industri perladangan sejak menyertai Felda sebagai Pegawai Tadbir pada 1998 sehingga memegang jawatan Ketua Jabatan Pelaburan pada 2008.

“Beliau kemudian menyertai FGV Holdings Berhad (FGV) sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan dan beberapa jawatan penting di FGV sebelum menjadi Ketua Pegawai Pelaburan Perkeso.

“Kepimpinannya diperkuatkan dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam pelbagai sektor termasuk perbankan, kewangan, pelaburan, dan pengurusan aset institusi. Beliau menganggotai pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah di lebih 35 entiti di dalam dan luar negara,” katanya.


Sumber: Harian Metro

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top