IIUM Holdings Sdn Bhd

Pelajar IISM Secondary Raih Kejayaan di Seed of Hope Festival

kejayaan pelajar IISM Secondary
Pelajar-pelajar dari IISM yang telah mengharumkan nama sekolah mereka

Setia Alam, 8 November 2024 – Pelajar-pelajar International Islamic School Secondary (IISM Secondary) telah mencipta kejayaan gemilang dalam Pertandingan Puisi “Seed of Hope Festival” yang berlangsung di Idrissi International School, Setia Alam. Kejayaan ini menyaksikan Arofa dari kelas 7 Razi dinobatkan sebagai juara dalam Kategori Senior Solo dan membawa pulang tempat pertama.

Dalam Kategori Kumpulan Senior, pasukan “The Wonder Razi” yang dianggotai Aiza, Zara Mubah, dan Aqilah Afzan dari 7 Razi berjaya meraih tempat ketiga. Sementara itu, kumpulan “The Ghazalian” yang terdiri daripada Zara Shafeeqa, Alisha Hasna, dan Safiya Ashurova dari 7 Ghazali mengungguli pertandingan ini dengan meraih tempat pertama dalam kategori yang sama.

Kemenangan ini membuktikan bakat, dedikasi, dan usaha gigih pelajar IISM Secondary dalam bidang kesusasteraan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat atas pencapaian yang membanggakan ini, semoga mereka terus menyinar di pentas sastera.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top