IIUM Holdings Sdn Bhd

Lawatan Delegasi TK-Al Hassan, Kota Bandung ke IIUM Educare Gombak

Lawatan Delegasi TK-Al Hassan ke IIUM Educare

Gombak, 2 Oktober 2024 – IIUM Educare Sdn Bhd, Gombak hari ini menerima kunjungan delegasi dari TK-Al Hassan Islamic Preschool & Daycare, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Seramai 12 orang wakil delegasi hadir dalam lawatan tersebut, yang bertujuan untuk melihat lebih dekat amalan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di pusat asuhan dan tadika IIUM Educare.

Sepanjang lawatan, delegasi berpeluang memerhati rutin harian dan aktiviti yang dijalankan di IIUM Educare, termasuk pendekatan unik dalam mendidik kanak-kanak kecil. Ini merupakan kali kedua TK-Al Hassan mengunjungi IIUM Educare, setelah lawatan pertama mereka pada 6 Mac 2024 yang lalu.

Lawatan ini diharap dapat mengukuhkan ukhuwah antara kedua-dua institusi dan membuka ruang untuk kerjasama lebih erat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top