
Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima dan merupakan ibadah yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Pelaksanaan haji memerlukan persiapan yang rapi serta pemahaman mendalam tentang setiap fasa dan amalan yang perlu dilakukan.
Perjalanan ibadah haji bermula dengan niat di Miqat, diikuti dengan pelbagai ritual seperti tawaf mengelilingi Kaabah, sai antara bukit Safa dan Marwah, serta wukuf di Padang Arafah yang menjadi detik paling utama dalam ibadah ini. Setiap langkah ini membawa makna dan pengajaran yang mendalam, selain meningkatkan ketakwaan dan keimanan.
Infografik ini disediakan untuk membantu masyarakat memahami dengan lebih jelas perjalanan ibadah haji, sebagai panduan ringkas yang memperlihatkan proses-proses penting yang perlu dilalui oleh para jemaah. Semoga para jemaah haji diberikan kesabaran, ketenangan, dan dikurniakan haji yang mabrur oleh Allah SWT.
Kredit Infografik: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM