IIUM Holdings Sdn Bhd

Hari Terbuka IIUM Holdings 2024

IIUM Holdings Group Open Day 2024
Dari kiri YBhg. Dato’ Ahmad Nadzarudin (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan), YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli (Rektor, UIAM), YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Syed Hussien Abd Kadir Al-Habshee (Ahli Lembaga Pengarah UIAM), dan YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman (Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IIUM Holdings)

Gombak, 26 Julai 2024 – IIUM Holdings Sdn Bhd (IHSB) bersama anak syarikatnya telah menganjurkan Hari Terbuka IIUM Holdings Group 2024 di Banquet Hall, Aras 5, Bangunan Muhammad Abdul-Rauf, UIAM. Acara ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Bin Abdul Razak, Rektor UIAM.

Antara tetamu yang hadir ialah ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Syed Hussien Abd Kadir Al-Habshee, YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengerusi Jemaah Pengarah IHSB, ahli Lembaga Pengarah IHSB dan anak syarikatnya, serta ahli-ahli Komiti Pengurusan UIAM.

Acara ini bertujuan memperkenalkan produk dan servis yang ditawarkan oleh anak-anak syarikat UIAM kepada komuniti kampus, termasuk tawaran istimewa seperti diskaun pendaftaran untuk institusi pendidikan di bawah naungan syarikat-syarikat tersebut.

Pada sebelah petang, pelancaran ulang tahun ke-20 Daya Bersih Sdn Bhd (DBSB) telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman dan YBhg. Datuk Hashim Wahir, Pengerusi Jemaah Pengarah DBSB.

Kerjasama erat antara UIAM dan kumpulan syarikat IIUM Holdings menjadikan acara ini berjaya dan memberi impak positif kepada semua yang terlibat.


Sila ikuti kami di laman Facebook dan Instagram untuk mendapatkan kemas kini terkini

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top