Pada 19 Ogos 2024, IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) telah melancarkan perkhidmatan terbaharu mereka, Robotics Rehabilitation Services. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah ini adalah YBhg. Prof. Emerita Datuk Dr. Asma binti Ismail, Pengerusi IMSC; YBhg. Datuk Seri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO; YBhg. Prof. Datuk Dr. Ahmad Hafiz bin Zulkifly, Ahli Lembaga Pengarah IMSC dan Pengarah Kampus UIAM Kuantan; serta YBhg. Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IIUM Holdings.
Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO menekankan bahawa “Kerjasama antara PERKESO dengan UIAM adalah satu langkah strategik dalam usaha menyediakan perkhidmatan pemulihan yang menyeluruh dan mudah diakses kepada individu yang diinsuranskan di bawah program Kembali Bekerja oleh PERKESO.”
Kerjasama ini diharapkan akan berterusan dalam usaha memperkukuh penyediaan perkhidmatan pemulihan di negara ini.
#IIUMHoldings #IMSC #iiummedicalspecialistcentre #PERKESO #rehabilitation