Pada 19 Ogos 2024, IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) telah meraikan ulang tahun ke-8 penubuhannya dalam satu majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
IMSC, yang mula beroperasi pada tahun 2016 sebagai hospital swasta, telah diasaskan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Ahmad Hafiz bin Zulkifly, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah IMSC merangkap pengarah kampus UIAM Kuantan. Ucapan penghargaan dan terima kasih diberikan kepada beliau atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan dalam memacu kejayaan hospital ini.
Sempena ulang tahun ini, IMSC berhasrat untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi, selari dengan matlamat untuk menjadi pusat rujukan utama dalam rawatan perubatan di rantau ini. Masyarakat juga diharapkan dapat terus menyokong usaha IMSC dalam memartabatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan sejagat, seiring dengan visi UIAM dalam mendukung kesejahteraan ummah.
#IMSC8thAnniversary #IMSC #IIUM #IIUMHoldings