14 Ogos 2024- Kolej Islam Antarabangsa (IIC) telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan 2024. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Shaik Faridhudheen Anverdeen, Ketua Pegawai Eksekutif IIC.Turut berlangsung debat persahabatan “Debat Kemerdekaan 2024” di antara Kolej Islam Antarabangsa (IIC) dan Kolej Universiti MAIWP Internasional (UCMI) yang diadakan di kamar Mahkamah Mut IIC. Usul yang dibawa adalah “Generasi Muda Kita Tidak Patriotik” menjadi perbahasan panas diantara kedua pihak. Melalui sesi debat ini, Sdr. Wan Muhammad Ar Rahman di pihak IIC serta Sdr. Cik Faizrul Yahaya di pihak UCMI telah berjaya mengungguli sebagai pendebat terbaik.
Majlis ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati yang disempurnakan oleh Encik Shaik Faridhudheen Anverdeen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa.