
KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2025 – IIC sokong kempen MyPalmPride2025 secara rasmi selepas menerima kunjungan hormat daripada pasukan REGENERASI ke kampus Kolej Islam Antarabangsa (IIC) di Batu Muda, Kuala Lumpur. Sokongan ini menandakan komitmen IIC terhadap pendidikan kelestarian yang menyeluruh dan berimpak.
Kempen #MyPalmPride2025, yang telah dilancarkan secara rasmi oleh REGENERASI pada 1 Jun 2025, merupakan sebuah gerakan nasional yang bertujuan untuk memperbetulkan mitos dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia terhadap minyak sawit mampan. Gerakan ini disokong oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), dan menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi serta komuniti umum.
Delegasi REGENERASI diketuai oleh Presiden Datin Emilia R. Uzir, disertai Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Puan Hawa Rose dan Pengarah Hal Ehwal Alam Sekitar Puan Farah Shaz. Mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Higher Education, Encik Shaik Faridhudheen bersama pasukan pengurusan kanan IIC.
Dalam sesi perbincangan tersebut, pihak REGENERASI berkongsi matlamat kempen untuk membina kesedaran, memperkasakan belia dan melindungi masa depan industri sawit Malaysia. IIC menyatakan kesediaan untuk menyokong dan mempromosikan kempen melalui platform kampus dan aktiviti pelajar.
REGENERASI menyatakan:
“Kami mahu kempen ini menjadi satu gerakan yang mencetus kesedaran nasional. Kehadiran IIC sebagai rakan promosi memberi kekuatan tambahan kepada misi kami.”
Menurut pihak IIC pula, penglibatan dalam kempen ini seiring dengan nilai pendidikan inklusif dan bertanggungjawab yang diterapkan di institusi tersebut.
Dengan IIC secara rasmi menyokong kempen ini, ia diharap dapat memberi impak lebih besar kepada masyarakat, terutamanya dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan sumber alam negara secara mampan.
Sumber – REGENERASI
Anda mungkin berminat: