IIUM Holdings Sdn Bhd

Pembentangan Laporan Akhir Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar Negeri Pahang

Kuantan, 2 Ogos 2024 – Mesyuarat Pembentangan Laporan Akhir Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya di bawah penyelarasan IIUM Consultancy, Continuing Education & Innovation (ICI). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza binti Ku Lah, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang.

Pelan ini disusun hasil kolaborasi tenaga pakar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), yang diketuai oleh PM Ts Dr Mohd Armi Abu Samah dari UIAM. Kerajaan Negeri Pahang amat menghargai sumbangan dan kepakaran yang diberikan dalam menjayakan inisiatif strategik ini.

Pelan ini dijangka menjadi panduan utama bagi mencapai matlamat alam sekitar yang lestari dengan sokongan padu antara institusi akademik dan pihak kerajaan negeri.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top