IIUM Holdings Sdn Bhd

Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA)

Kuala Lumpur, 27 Julai 2024 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) anjuran Kementerian Belia dan Sukan telah berlangsung dengan jayanya di kawasan Wangsa Maju pada 27 Julai lalu. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan belia, dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wangsa Maju.

Seramai 90 sukarelawan, kebanyakannya pelajar Kolej Islam Antarabangsa, turut serta dalam program yang diadakan di PPR Gombak Setia. Antara aktiviti utama termasuk gotong-royong membersihkan kawasan, melakar mural bertema kemerdekaan, serta menyantuni warga emas dengan menghantar bantuan dan berkongsi cerita.

Program ini bukan sahaja berfokus kepada kebajikan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara generasi muda dan warga emas, yang sering kali terpinggir. Diharapkan, inisiatif ini akan mencetuskan lebih banyak aktiviti kesukarelawan pada masa hadapan.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top