IIUM Holdings Sdn Bhd

Kejohanan Boling Antara Anak Syarikat IIUM Holdings 2024

Kejohanan Boling Antara Anak Syarikat IIUM Holdings 2024
Juara Keseluruhan Kejohan Boling Antara Anak Syarikat IIUM Holdings 2024 dimenangi oleh IIUM Schools Sdn Bhd dan membawa pulang Piala Pusing Dato’ Nadzarudin Challenge Trophy dan hamper.

Ampang, 19 Julai 2024 – IIUM Holdings (IHSB) Sdn Bhd buat pertama kalinya telah menganjurkan Kejohanan Boling Antara Anak Syarikat Kumpulan IIUM Holdings 2024 di Ampang Bowl, Ampang Point Shopping Centre. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan 80 peserta daripada semua anak syarikat di bawah IHSB.

Setiap pasukan bertanding dalam tiga permainan untuk merebut Piala Pusingan Dato’ Nadzarudin Challenge Trophy. IIUM Schools Sdn Bhd muncul juara keseluruhan dengan mata terkumpul 3,528, menewaskan IKOP dan IMSC yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Kejohanan ini turut dimeriahkan dengan Anugerah Penyesalan Yang Tidak Berkesudahan, diberikan kepada peserta dengan mata terendah bagi kategori lelaki dan wanita. Selain memupuk semangat kesukanan, acara ini berjaya mengeratkan hubungan antara kakitangan anak syarikat IHSB. Harapan tinggi diletakkan agar lebih banyak aktiviti seumpama ini diadakan pada masa akan datang.


Sila ikuti kami di laman Facebook dan Instagram untuk mendapatkan kemas kini terkini

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top