Gombak, 25 Ogos 2024 – Dalam sebuah majlis selingan sempena Hari Terbuka IIUM Holdings 2024, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) telah mengadakan sesi bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurus besar anak syarikat di bawah naungan IIUM Holdings Sdn Bhd (IHSB).
Majlis ini turut menyaksikan penandatanganan dokumen oleh para CEO sebagai simbolik komitmen mereka untuk menyumbangkan dividen kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Penandatanganan tersebut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IHSB, serta ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.
Dokumen ini mencerminkan tekad semua anak syarikat di bawah IHSB untuk terus menyokong pembangunan dan kecemerlangan UIAM melalui pembahagian dividen yang konsisten.
Sila ikuti kami di laman Facebook dan Instagram untuk mendapatkan kemas kini terkini