IIUM Holdings Sdn Bhd

Berbeza Agama Bukan Penghalang Minat

Industri halal Malaysia merupakan salah satu industri yang sangat berkembang pesat di Malaysia. Ia diunjurkan berkembang kepada RM500 bilion pada 2030, dipacu oleh Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030. Seiring dengan kerancakan industri halal, maka lebih rancak permintaan untuk kursus serta latihan berkaitan halal di kalangan pemain industri tempatan.

Melihat pada kehendak pasaran, IIUM Consultancy and Innovation bersama rakan strategik; International Institute for Halal Research and Training – INHART telah menganjurkan sesi kedua Certified Halal Executive Training (CHEX) pada Mei dan Jun yang lalu. CHEX kali ini tampil sedikit versatil kerana dihadiri oleh peserta-peserta dari bidang yang pelbagai. Antara bidangnya diceburi peserta CHEX termasuklah bisnes penyedia alatan klinik pergigian, rumah sembelihan, perhotelan, dan konsultan industri makanan. Akan tetapi, istimewanya untuk sesi kali ini, kursus eksekutif halal diserikan dengan penyertaan sepasang suami isteri yang sangat berminat dengan industri halal.

Berasal dari Johor Bahru, pasangan Ng Puay Wah dan Chang Seow Ling menunjukkan minat untuk mendalami industri halal dan mereka mempunyai misi membuka restoran halal di masa akan datang. Berbekalkan latar belakang agama dan adat yang berbeza bukanlah penghalang minat pasangan ini dalam menyertai Kursus Eksekutif Halal dianjurkan ICI. Walaupun mempunyai kesukaran dalam memahami terma-terma dan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan tugasan serta ujian JAKIM, Encik Ng dan Puan Chang tekun melengkapkan 8 hari sepanjang kursus dijalankan. Terharu dengan kegigihan dari pasangan ini, ICI berbesar hati memberikan cenderahati kepada pasangan ini pada hari terakhir kursus.

ICI mensasarkan untuk menganjurkan lebih dari 10 kursus berkaitan halal pada dua suku terakhir 2024, antaranya Halal Industry Awareness Programme dan Halal Internal Auditor Training pada Julai ini. Untuk penyertaan, bolehlah berhubung dengan wakil pemasaran IIUM Consultancy and Innovation.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top