
Kuala Lumpur, 21 Mei 2025 – Seramai 32 pelajar dari Sekolah Menengah Setiabudi telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam World Scholar’s Championship 2025: Kuala Lumpur Regional Round, sekali gus melayakkan diri ke peringkat Global Round pertandingan berprestij tersebut.
Pertandingan ini merangkumi pelbagai cabaran intelektual seperti debat, penulisan kolaboratif dan kuiz akademik. Pelajar-pelajar Setiabudi bukan sahaja mengharumkan nama sekolah tetapi turut membuktikan keupayaan mereka di peringkat antarabangsa.
Antara pencapaian individu yang menyerlah termasuk:
- Aqief Wazif (2 Al Furqan) – Meraih 10 pingat emas, 2 perak serta tempat ke-4 keseluruhan bagi kategori Junior.
- Irfan Hisyamizan (5 Al Ghazali) – Meraih 7 pingat emas, 1 perak dan tempat ke-8 keseluruhan bagi kategori Senior.
Penyertaan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi, serta mengasah kebolehan berfikir secara kritikal dan bekerja dalam pasukan — selaras dengan aspirasi Sekolah Menengah Setiabudi dalam melahirkan pelajar berdaya saing global.