IIUM Holdings Sdn Bhd

Meraikan Dhuyufurrahman dari Keluarga IIUM Holdings

dhuyufurrahman 1445h iium holdings
Puan Nuraini Ismail, Datuk Zunaidah Idris dan Prof. Dr. Mariana Mohamed Osman (Diwakili oleh kakitangan IIUM Consultancy & Innovation Sdn Bhd) merupakan dhuyufurrahman pada tahun 1445H

Kuala Lumpur, 15 Mei 2024 – IIUM Holdings (IIUMH) bersama anak syarikatnya telah mengadakan satu majlis istimewa, termasuk Majlis Meraikan Dhuyufurrahman 1445H, untuk meraikan enam orang dari Kumpulan Syarikat IIUMH yang terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah tahun ini.

Dari enam individu tersebut, dua adalah Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat IIUMH, seorang Ahli Majlis Penasihat Industri (IAC), dan tiga lagi adalah kakitangan Kumpulan Syarikat IIUMH. Dalam majlis tersebut, doa dipanjatkan agar mereka diberikan kekuatan, ketabahan, kesihatan, dan keselamatan sepanjang menunaikan ibadah, serta dianugerahkan haji yang mabrur.


Sila ikuti kami di laman Facebook dan Instagram.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top