Kuala Lumpur, 15 Mei 2024 – Seramai 10 orang kakitangan Kumpulan Syarikat IIUM Holdings telah dilantik sebagai Ahli Persatuan Wanita IIUM Holdings dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
Persatuan ini dinaungi oleh YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman, dengan Datuk Zunaidah binti Idris bertindak sebagai penasihat. Penubuhan persatuan ini bertujuan untuk memelihara hak-hak wanita, memberi sokongan, serta menangani keperluan dan cabaran khusus yang dihadapi oleh pekerja wanita. Selain itu, persatuan ini juga menyediakan peluang bimbingan dan menjadi platform bagi wanita menyuarakan kebimbangan dan idea mereka dalam organisasi.