Kuala Lumpur, 15 Mei 2024 – Datuk Zunaidah binti Idris telah dilantik sebagai Ahli Penasihat Industri (IAC) baharu bagi IIUM Holdings (IIUMH). Pelantikan ini menambah bilangan ahli IAC kepada lima orang, setelah empat ahli lain dilantik semasa majlis sambutan Hari Raya IIUMH yang lalu.
IAC ditubuhkan dengan matlamat utama untuk menyokong IIUMH dan Kumpulan Syarikatnya dalam meneroka peluang-peluang baru melalui hubungan dengan industri. Ahli Majlis juga bertanggungjawab memberi nasihat khusus dalam bidang kepakaran mereka serta bertindak sebagai penyokong IIUMH dalam komuniti, dengan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian industri yang dimiliki.