
Gombak, 30 Mei 2025 – Seramai 19 pelajar dari International Islamic School Malaysia (IISM) Secondary telah menghadiri sesi taklimat sempena Empower 360: Leadership Program – Japan Edition yang berlangsung dengan jayanya hari ini.
Sesi taklimat tersebut dikendalikan oleh wakil Kementerian Pendidikan (MOE) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), iaitu Encik Suffian dan Encik Kasdi, bagi memberi pendedahan awal serta persediaan kepada pelajar sebelum menyertai program lawatan pendidikan ke Jepun yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Program Empower 360 ini memberi penekanan terhadap pembangunan sahsiah, kepimpinan dan pemikiran global dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Inisiatif seperti ini juga mencerminkan komitmen IISM dalam memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajarnya di luar bilik darjah, seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21.