
Gerik, Perak | 23 Mei 2025 – Seramai 19 pelajar Grade 10 dari International Islamic School Malaysia (Secondary) telah menyertai satu program pembelajaran luar bilik darjah yang padat dengan aktiviti mencabar dan membina sahsiah, bertempat di Royal Belum, Gerik pada 22 hingga 23 Mei 2025.
Lawatan dua hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembelajaran holistik sekolah, yang bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan, ketahanan diri, serta hubungan harmoni dengan alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk lawatan ke perkampungan Orang Asli, aktiviti menaiki bot laju, water confidence, trekking ke Air Terjun Sg Ruok, lawatan ke batu garam semula jadi, dan rakit buluh.
Para pelajar turut berpeluang melawat Sanctuary Ikan Kelah, menjadikan program ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga sarat dengan nilai pendidikan berasaskan pengalaman.
Guru pengiring yang komited serta sokongan padu daripada ibu bapa menjadi antara faktor utama kejayaan program ini. Program seperti ini membuktikan komitmen IISM Secondary dalam menyediakan suasana pembelajaran yang seimbang antara akademik dan pembangunan karakter.