IIUM Holdings Sdn Bhd

CSR Top Global Meriahkan Sambutan Kemerdekaan di Sekolah Menengah Setiabudi

CSR Top Global Sekolah Menengah Setiabudi

Gombak – Sekolah Menengah Setiabudi dengan kerjasama Top Global telah menganjurkan program sambutan Bulan Kemerdekaan 2024 melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu, pada Rabu, 28 Ogos 2024, bertempat di Dewan Serbaguna ISSB. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2, dan 3 serta merupakan siri kelima selepas penganjuran di sekolah-sekolah lain.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari tersebut, termasuk Senamrobik Jiwa Merdeka, Pertandingan Trademark Kumpulan, Explorace Misi Merdeka Bermula, dan Majlis Penutup. Selain itu, Top Global turut menaja hidangan ayam gepuk kepada semua pelajar dan staf Sekolah Menengah Setiabudi.

Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada Top Global atas pemilihan Sekolah Menengah Setiabudi sebagai destinasi program CSR kali ini dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top