IIUM Holdings Sdn Bhd

Produk IKOP Masuki Pasaran KPJ Healthshoppe

Produk IKOP Masuki Pasaran KPJ Healthshoppe

Shah AlamIKOP Sdn Bhd baru-baru ini mengambil langkah penting dalam memasarkan produknya ke pasaran yang lebih luas. Ketua Pegawai Eksekutif IKOP Sdn Bhd, Encik Yasser ‘Arafat, telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pharmaserv, Encik Ainul Hasnizam, dalam satu lawatan yang bertujuan memperkenalkan IKOP dan produknya.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Ainul menunjukkan minat terhadap produk-produk IKOP. Datin Junita, Pengurus Kedai KPJ Healthshoppe, turut serta dalam perbincangan yang bermakna ini. Selepas sesi tersebut, KPJ Healthshoppe memberikan kelulusan kepada IKOP untuk membawa produk mereka ke rangkaian kedai tersebut.

IKOP kini dalam proses mengatur pendaftaran produk dengan Datin Junita dan memastikan kedua-dua pihak memahami jangkaan dan kemampuan masing-masing sebelum perbincangan lanjut diadakan.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top