Johor Bahru, 29 Ogos 2024 – IIUM Consultancy and Innovation (ICI) baru-baru ini mengadakan kunjungan korporat ke Perbadanan Islam Johor (PIJ) Holdings di Johor Bahru. Kunjungan tersebut turut disertai oleh wakil rakan strategik ICI, Dr. Nurrulhidayah dari INHART dan Dr. Puteri dari Kulliyyah of Education IIUM.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Aminudin Aminin, Pengurus PIJ Holdings, yang turut dihadiri oleh En. Mohammad Shakib dan dua lagi rakan sekerja. Dalam pertemuan ini, CEO ICI, Wan Jusaini Rizal, telah membentangkan idea-idea kerjasama yang mendapat maklum balas positif daripada pihak PIJ Holdings.
Antara topik utama perbincangan adalah potensi kerjasama dalam bidang halal, khususnya melalui PIJ Halal Ventures Sdn Bhd. PIJ Halal Ventures terkenal dengan latihan-latihan halal yang aktif di Johor, yang dianggap sebagai peluang besar oleh ICI untuk memperluas kesedaran dan aplikasi halal dalam industri tempatan serta untuk bertukar idea tentang isu-isu semasa.