IIUM Holdings Sdn Bhd

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Eratkan Ukhwah Warga IIUM Holdings

Bacaan Yasin dan Doa Selamat IIUM Holdings

Gombak, 14 Mac 2025 – IIUM Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan Staff Engagement Activity – Bacaan Surah Yasin and Doa Selamat yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.

Majlis yang diadakan pada jam 9.00 pagi ini dihadiri oleh staff dan kakitangan Kumpulan Syarikat IIUM Holdings, bertujuan memperkukuhkan hubungan sesama kakitangan serta meningkatkan nilai spiritual dalam organisasi.

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis, diikuti dengan bacaan Surah Yasin, doa selamat dan tazkirah ringkas yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Ariff Asyraf bin Suhaini. Majlis berakhir dengan sesi bersurai selepas tazkirah.

IIUM Holdings berharap program sebegini dapat diteruskan sebagai platform untuk mempereratkan ukhwah dan memupuk nilai murni dalam kalangan warga syarikat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top