IIUM Holdings Sdn Bhd

IIUM Holdings Anjur Iftar & Pelancaran Infaq Komputer Bersama FGV Prodata

IIUM Holdings Group Iftar & Infaq Komputer

Gombak, 14 Mac 2025 – IIUM Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan IIUM Holdings Group Iftar yang berlangsung di Dewan Banquet, Aras 5, Muhammad Abdul-Rauf Building, UIAM.

Majlis ini dihadiri oleh warga kerja Kumpulan Syarikat IIUM Holdings serta kakitangan daripada FGV Prodata System Sdn Bhd. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah IIUM Holdings Sdn Bhd, Puan Aznur Kama Azmir, Group Financial Controller FGV Holdings Berhad, dan Dato’ Ahmad Nadzarudin bin Abdul Razak, Group Managing Director / CEO IIUM Holdings Sdn Bhd.

Antara acara kemuncak ialah majlis pelancaran Infaq Komputer untuk pelajar Kolej Islam Antarabangsa (IIC), yang disampaikan oleh FGV Prodata System sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menyokong pendidikan pelajar yang memerlukan.

Majlis ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara warga kerja IIUM Holdings dan rakan strategik, tetapi juga menjadi platform untuk menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top