Seremban, 30 Ogos 2024 – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa (IIC), En. Shaik Faridhudheen Anverdeen, telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), En. Mohd Asri Abdullah. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama dalam memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar dari Negeri Sembilan di IIC, khususnya bagi pelajar dari kategori asnaf.
Kerjasama ini turut merangkumi inisiatif pembangunan modal insan melalui program latihan jangka pendek untuk pegawai-pegawai JHEAINS. Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform untuk mengenal pasti fungsi dan tugas JHEAINS, serta bertukar pandangan dengan Tuan Pengarah, yang juga merupakan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik) IIC, En. Hafiz Ahmed Patwari. Diharapkan kerjasama yang terjalin ini dapat membawa manfaat kepada semua pihak, khususnya kepada pelajar IIC dari kategori asnaf.