
Gombak – Sekolah Rendah Setiabudi baru-baru ini telah melaksanakan Program Bentuk Insan dan Akhlak (BINA’) yang melibatkan penyertaan semua murid Tahun 3 bertempat di Dewan Perhimpunan sekolah pada 27 Mei 2025.
Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Caliph Soul Consultant yang diketuai oleh Coach Ai’man Syafiq Mohd Azmi. Ia bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif, membina jati diri dan membentuk akhlak mulia dalam kalangan pelajar tahap satu.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan sekolah dalam membangunkan sahsiah pelajar secara holistik, Program BINA’ dilihat sebagai inisiatif yang selari dengan aspirasi Sekolah Rendah Setiabudi untuk melahirkan murid bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi turut memiliki peribadi dan akhlak yang terpuji.
Pelaksanaan program ini menekankan kepentingan mendidik dari peringkat awal usia bagi membina generasi yang berakhlak mulia dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.