
GOMBAK, 22 Ogos 2025 – IIUM Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan IIUM Holdings Group Integrity Day 2025 dengan jayanya pada hari Jumaat bertempat di Wadi Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Acara berimpak tinggi ini telah menghimpunkan seluruh warga kerja kumpulan IIUM Holdings dalam satu sesi penuh kesedaran dan keinsafan mengenai pentingnya integriti dalam organisasi.
Program ini diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan CJM Global Integrity Hub, menampilkan forum khas bertajuk “Ceritera Tembok”. Forum ini mengetengahkan pengalaman benar dua tokoh jemputan – seorang bekas majistret yang pernah disabitkan kesalahan rasuah dan seorang bekas pegawai penjara. Kedua-dua tokoh ini berkongsi pengalaman peribadi yang menyentuh hati, menggambarkan betapa serius dan menghancurkannya kesan amalan rasuah terhadap kehidupan individu serta masyarakat.



Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga IIUM Holdings mengenai bahaya rasuah dan pentingnya menjunjung tinggi nilai integriti dalam setiap lapangan kerja. Ia juga memperkukuh iltizam syarikat dalam memupuk persekitaran kerja yang telus, amanah dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.
IIUM Holdings merakamkan penghargaan kepada semua penceramah jemputan dan peserta yang hadir serta berharap agar mesej yang disampaikan dalam Ceritera Tembok menjadi peringatan dan inspirasi berpanjangan kepada seluruh warga kerja dalam membina tempat kerja yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.
Anda mungkin berminat:
- Bengkel Perolehan Siri Ke-3 Perkukuh Ketelusan dan Integriti Dalam Kumpulan IIUM Holdings
- Majlis Makan Durian Kukuhkan Ukhuwah Warga IIUM Holdings
- IIUM Holdings Anjur Bengkel Penambahbaikan Penilaian KPI 2025, Kukuhkan Pemahaman Prestasi dan Ganjaran Staf