
KUALA LUMPUR, 28–30 November 2025 — Pasukan ragbi perempuan Sekolah Rendah Setiabudi (Sek Ren Setiabudi) berjaya meraih Naib Johan Cup dalam Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Ragbi U11 yang berlangsung di SK Lembah Keramat. Kejayaan ini dicapai daripada 14 pasukan yang bertanding, menonjolkan semangat juang dan kerjasama yang tinggi.
KATMO merupakan program pembangunan sukan di bawah inisiatif bakat murid Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dalam sukan ragbi dan memupuk disiplin serta kerjasama dalam kalangan murid. Pasukan perempuan Sek Ren Setiabudi diketuai oleh guru pengiring Tr Ruzaini, Tr Aiman Farhan dan Tr Nawal, manakala ahli pasukan terdiri daripada:
- Nurul ‘Auni (5 Amanah)
- Sofea Amani (5 Amanah)
- Auliya Akifa (5 Bijak)
- Khadra Selena (5 Cerdik)
- Anati Syifa (5 Amanah)
- Aira Zalikha (5 Arif)
- Suri Nur Hannan (5 Arif)
- Sara Aisyah (5 Cerdas)
- Aafieyya Mahmud (5 Bijak)
- Aliesha Fatihah (5 Bestari)
- Ariqa (4 Bijak)
- Aisyah Daniyya (4 Arif)
- Sofea Annisa (4 Bijak)
Pihak sekolah merakamkan tahniah kepada Pasukan Pingu Elite Girls atas pencapaian cemerlang ini. Kejayaan mereka diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman sukan yang berharga, seterusnya memotivasi para pelajar untuk terus memperbaiki diri dan bersedia menghadapi perlawanan di peringkat seterusnya.
Sek Ren Setiabudi komited untuk membina generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga aktif dalam pembangunan sahsiah dan fizikal melalui sukan, sejajar dengan aspirasi pendidikan holistik di bawah nilai “Nurturing Future Khalifah”.