Kursus pendek: “Publication Using Canva” yang telah dianjurkan oleh pelajar Diploma Kemahiran Malaysia: Pengurusan Pentadbiran (Cohort2). Kursus yang pada dasarnya bertujuan memenuhi CoCu 01: Administrative Staff Development Management telah dihadiri oleh pelajar-pelajar jurusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pentadbiran, Pusat Bertauliah Kolej Islam Antarabangsa.
Antara objektif kursus ini adalah ia dapat membantu para pelajar dalam menyediakan rekabentuk grafik dan infografik poster melalui aplikasi Canva agar kelihatan lebih menarik mengikut teknik yang betul.
Kursus ini telah disampaikan oleh En Che Muhammad Hakimin bin Che Man yang juga merupakan Pensyarah, Diploma Pembangunan Kandungan Kreatif, Pusat Bertauliah Kolej Islam Antarabangsa