
Kuantan, 18 Januari 2025 – Suasana penuh kegembiraan dan kebanggaan mengiringi Majlis Graduasi & Penyampaian Tahunan 2024 anjuran IIUM Educare Kuantan yang telah berlangsung di Auditorium, Kulliyyah of Pharmacy, Kampus UIAM Kuantan.
Majlis ini menjadi momen berharga buat para pelajar cilik apabila mereka diraikan atas pencapaian dan perkembangan sepanjang tahun. Ditemani sorakan ibu bapa dan tepukan para guru, setiap persembahan dan detik penyampaian anugerah menjadi simbol kasih sayang, dedikasi dan kejayaan bersama.
Program ini bukan sahaja mencerminkan kejayaan akademik awal kanak-kanak, tetapi juga menonjolkan peranan penting komuniti pendidik dan ibu bapa dalam membentuk asas pendidikan yang kukuh.
IIUM Educare Kuantan terus komited membina persekitaran pembelajaran yang menyeluruh – seimbang antara ilmu, akhlak dan sokongan emosi – sebagai sebahagian daripada visi mendidik generasi masa depan.
Sumber – IIUM Educare