IIUM Holdings Sdn Bhd

Pemenang Pertandingan Hafazan Juzuk 29-30 Diumumkan di ISSB

Pertandingan Hafazan Permata Al-Quran Juzuk 29-30

Gombak, 2 September 2024 – Pertandingan Hafazan Permata Al-Quran Juzuk 29-30 yang dianjurkan oleh Unit Al-Furqan Sekolah Menengah Setiabudi telah berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna ISSB. Majlis penyampaian hadiah dan sijil diadakan dari pukul 8:00 hingga 9:30 pagi.

Muhammad bin Abdul Rahman dari 2 Al-Furqan meraih tempat pertama, diikuti oleh Taufiq bin Mohd Hasanul Arifin dari 1 Al-Furqan di tempat kedua, dan Qaisara Humairah binti Azli dari 2 Al-Furqan di tempat ketiga. Selain itu, terdapat beberapa penerima saguhati yang turut diiktiraf atas pencapaian mereka.

Tahniah kepada semua pemenang! Para pemenang akan mewakili sekolah dalam pertandingan International Olympiad Qur’an, Sains & Technology 2024 yang akan diadakan pada 21 September 2024. Semoga pelajar Program Tahfiz Al-Furqan terus istiqamah dalam usaha mencapai target hafazan sekurang-kurangnya dua juzuk setiap tahun.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top