Gombak, 2 September 2024 – Kumpulan Sumber Manusia, IIUM Holdings Sdn Bhd telah mengadakan sesi taklimat dan penerangan di Dewan Datuk Muhammad Feisol, Kolej Islam Antarabangsa (IIC) semalam.
Program ini bertujuan untuk memberi penjelasan lanjut kepada warga kerja IIC, yang terdiri daripada pensyarah, staf pentadbiran, dan kakitangan sokongan mengenai Skim Gaji Baharu 2024 (2024 New Salary Scheme, NSS) dan “Employee Satisfaction Survey (ESS)”.
Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IIUM Holdings Sdn Bhd, turut hadir untuk berkongsi maklumat berkaitan NSS dan ESS serta turut menjawab persoalan yang diutarakan oleh warga kerja IIC. Sesi ini juga menjadi platform penting bagi warga kerja untuk mendapatkan penjelasan berkenaan polisi sumber manusia serta manfaat pekerja.
Turut ditekankan adalah kepentingan komunikasi terbuka dan penyertaan dalam kajian kepuasan yang akan membantu memperbaiki pengalaman kerja di IIC.