
Kuantan – IIUM Medical Specialist Centre (IMSC), sebuah institusi penjagaan kesihatan pakar yang berpangkalan di Kuantan, kini membuka peluang kerjaya kepada individu yang berminat menyertai sektor kesihatan dan perkhidmatan profesional.
Dalam usaha mengukuhkan pasukan perubatan dan sokongan mereka, IMSC menawarkan pelbagai kekosongan jawatan meliputi bidang klinikal, pentadbiran dan teknikal. Antara jawatan yang ditawarkan termasuk accountant, digital marketing officer, internship, nurse assistant (keutamaan kepada calon lelaki), occupational therapist, pharmacy assistant, physiotherapist, staff nurse dan occupational safety and health (OSH) assistant.
Menurut IMSC, semua individu yang layak – sama ada graduan baru mahupun profesional berpengalaman – digalakkan untuk memohon. Calon yang berjaya akan menikmati pelbagai faedah termasuk pakej ganjaran menarik, perlindungan perubatan dan insurans kakitangan, peluang latihan dan pembangunan kerjaya yang berterusan.
Permohonan boleh dihantar terus melalui e-mel ke [email protected], atau calon boleh menghubungi talian 09-573 0380 ext 833/875 (HR Services) untuk maklumat lanjut.
Langkah ini sejajar dengan komitmen IIUM Medical Specialist Centre dalam membina pasukan kesihatan profesional yang berkemahiran tinggi dan berdedikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Untuk maklumat lanjut mengenai peluang kerjaya di IMSC, orang ramai digalakkan untuk berkongsi maklumat ini atau memohon segera.