IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) meraikan keberkatan Ramadhan dan kemeriahan sambutan Syawal yang bakal menjelang dengan program Sinar Syawal IMSC. Program yang dijalankan pada 5 April 2024 ini berlangsung dengan pemberian sumbangan barang keperluan harian dan duit raya kepada warga IIUM Medical Specialist Centre, IKOP, Daya Bersih dan Perisai Sepadu yang memerlukan. Pihak IMSC juga berharap agar sumbangan ini dapat membantu dalam memberikan keriangan dalam sambutan Aidilfitri mereka.
Pihak IMSC juga ingin merakamkan penghargaan kepada pemberi sumbangan yang terdiri daripada warga kerja IMSC sendiri, Doktor-Doktor Pakar serta Pihak Pengurusan.