IIUM Holdings Sdn Bhd

Majlis Sumbangan Duit Raya buat Pelajar UIAM

Pada 2 April 2024, IIUM Holdings (IIUMH) Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis sumbangan duit raya buat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Senarai nama para pelajar yang terpilih ini telah diberikan oleh Student Affairs And Development Division (STADD), IIUM.

Majlis yang sederhana ini berlangsung di pejabat IIUMH dan 19 orang pelajar terpilih yang datang dari pelbagai latar belakang pengajian telah dijemput untuk menghadiri majlis serahan duit raya ini. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Nadzarudin bin Abdul Razak, Group CEO IIUMH.

Firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Semoga sumbangan duit raya pada tahun ini dapat meringankan beban mereka untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top