
Ampang, 26 September 2025 – IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) muncul Juara Keseluruhan dalam IIUM Holdings Group Inter Subsidiary Bowling Championship 2025 yang diadakan di Ampang Bowl, Ampang Point Shopping Centre.
Kejohanan anjuran IIUM Holdings Sdn. Bhd. (IHSB) ini menghimpunkan pasukan dari pelbagai anak syarikat di bawah IIUM Holdings Group dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kekitaan. Pasukan IMSC berjaya menampilkan aksi cemerlang apabila meraih tempat pertama bagi kategori wanita dan tempat kedua bagi kategori lelaki, sekali gus melayakkan mereka membawa pulang gelaran Juara Keseluruhan bagi edisi kali ini.
Menambah keceriaan acara, anugerah khas “Juara Longkang” turut disampaikan kepada peserta yang menceriakan suasana pertandingan, mencerminkan semangat sukan yang sihat dan mesra dalam kalangan warga IIUM Holdings Group.
Kejayaan IMSC ini bukan sahaja menonjolkan bakat dan semangat kompetitif dalam kalangan warganya, tetapi juga memperkukuh nilai teamwork, friendship dan unity antara staf dari pelbagai entiti kumpulan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta atas semangat kesukanan, usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini. Semoga semangat ini terus subur dalam memupuk kekuatan dan kebersamaan keluarga besar IIUM Holdings Group.