
Ampang, 26 September 2025 – IIUM Holdings Sdn. Bhd. (IHSB) telah berjaya menganjurkan IIUM Holdings Group Inter-Subsidiary Bowling Championship 2025 yang berlangsung meriah di Ampang Bowl, Ampang Point Shopping Centre.
Kejohanan edisi kedua ini menghimpunkan pasukan dari pelbagai anak syarikat di bawah IIUM Holdings Group bagi meraikan semangat kerjasama, persahabatan dan kesukanan dalam suasana penuh keceriaan. Sepanjang pertandingan, para peserta menunjukkan aksi bertenaga dan semangat berpasukan yang tinggi dalam merebut Piala Cabaran Dato’ Nadzarudin Abdul Razak, simbol keunggulan dan semangat sukan dalam keluarga besar IIUM Holdings Group.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga kerja dari pelbagai entiti, tetapi juga menonjolkan budaya kerja positif yang menekankan nilai teamwork, perseverance, dan unity, selaras dengan aspirasi IIUM Holdings Group untuk membina organisasi yang harmoni dan produktif.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan.