
Ipoh, 22 Januari 2025 – Seramai 35 peserta berjaya menamatkan Kursus Teknologi Baik Pulih dan Mengecat Kenderaan di bawah Program TVET Modular Industri anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bagi tahun 2024.
Majlis penyampaian sijil berlangsung di Dewan Banquet, Hotel Seri Malaysia, Ipoh bagi meraikan pencapaian para peserta, sekaligus menandakan komitmen berterusan PASAK dalam membangunkan bakat dan kemahiran teknikal anak-anak Perak.
Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Aldrin Ng, Pengarah PASAK. Turut hadir ialah:
- En. Shaik Faridhudheen Anverdeen, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa (Cawangan Ipoh)
- En. Muhamad Syazwan, Pengurus Pusat Bertauliah Kolej Islam Antarabangsa
- Puan Arizatul Famieza, Pengurus Bertauliah Proweld Training Centre Sdn Bhd
- Ustaz Mohamad Saifuddin, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia
- Puan Nor Afiah Solehah, Pengurus Sumber Manusia PMG Venture Sdn Bhd
Majlis ini turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak-pihak berkepentingan, sebagai usaha memperluas jaringan latihan kemahiran dan peluang kerjaya dalam sektor automotif dan industri berkaitan.
PASAK kekal komited untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing melalui pendekatan TVET yang menyeluruh dan inklusif, demi manfaat jangka panjang kepada komuniti Perak.
Sumber – Facebook Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK