IIUM Holdings Sdn Bhd

Bantuan Gerobok Rezeki Bantu Lebih 1,100 Pelajar B40 di Kolej Islam Antarabangsa

Bantuan Gerobok Rezeki Kolej Islam Antarabangsa

19 Januari 2025 – Satu majlis penyerahan bantuan telah diadakan di Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Batu Muda, bagi membantu lebih 1,100 pelajar B40 dan Asnaf melalui program Bantuan Gerobok Rezeki Komuniti Universiti. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar (STADD), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Empire Project, yang turut menjadi penaja utama inisiatif ini.

Majlis yang dihadiri oleh beberapa VIP terkemuka termasuk YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim bin Mokhtar, YB Menteri Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP; dan YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, menyaksikan pemberian bantuan berupa keperluan harian seperti makanan kering, barangan keperluan kebersihan, serta sokongan menerusi Food Truck yang menyediakan hidangan makan tengahari kepada pelajar setiap Isnin dan Rabu.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah En. Shaik Faridhudheen Anverdeen, Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Higher Education, yang menunjukkan sokongan padu terhadap program ini serta usaha bersama dalam membantu meringankan beban pelajar.

Objektif utama program ini adalah untuk meringankan beban pelajar-pelajar yang terkesan dengan kos sara hidup, terutamanya dalam memastikan mereka menerima keperluan harian dan makanan yang berkhasiat. Bantuan ini melibatkan kerjasama yang kukuh antara STADD, MAIWP, dan Empire Project, bagi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat bantuan yang diperlukan.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top