IIUM Holdings Sdn Bhd

Kumpulan Syarikat IIUM Holdings Mulakan Tahun 2025 dengan Majlis Doa Selamat dan Solat Sunat

Majlis Doa Selamat IIUM Holdings

Gombak, 6 Januari 2025 – Kumpulan Syarikat IIUM Holdings membuka tirai tahun 2025 dengan penuh keberkatan melalui majlis yang diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Gombak. Majlis yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi ini dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat, yang dibimbing oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.

Acara diteruskan dengan Bacaan Doa Selamat, yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Ramadhan Subky Abdullah dari pihak Masjid SHAH. Doa-doa yang dipanjatkan pada majlis ini bertujuan untuk memohon keberkatan, kelancaran, dan kejayaan sepanjang tahun 2025, khususnya buat seluruh warga Kumpulan Syarikat IIUM Holdings.

Majlis berakhir dengan sebuah jamuan ringan yang diadakan secara potluck, di mana sumbangan dari warga IIUM Holdings turut memeriahkan suasana. Acara ini bukan sahaja menjadi peluang untuk berdoa dan memohon keberkatan, tetapi juga untuk mempereratkan lagi hubungan ukhuwah dan kerjasama antara seluruh warga Kumpulan IIUM Holdings.

Semoga dengan doa yang dipanjatkan, tahun 2025 akan menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan dan keberkatan untuk semua.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top