
Pihak IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) dengan sukacitanya mengumumkan kehadiran pakar perubatan kanak-kanak yang berpengalaman, Asst. Prof. Dr. Muhamad Azamin bin Anuar. Beliau merupakan Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi Pediatrik yang kini bersedia memberikan khidmat kepakaran khusus buat anak-anak anda di fasiliti kami.
Ibu bapa kini boleh mendapatkan rawatan neurologi dan pemantauan perkembangan kanak-kanak yang lebih peribadi dan profesional secara terus di IMSC. Untuk sebarang temu janji atau maklumat lanjut, sila hubungi talian am kami di 09-573 0089 atau hubungi Klinik Pakar Pesakit Luar di 09-591 2546. Kami di IMSC sentiasa komited memberikan penjagaan yang terbaik buat kesejahteraan keluarga anda.