
IIUM Holdings Sdn Bhd mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam. Semoga hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini menjadi titik refleksi untuk kita memperkukuh nilai-nilai murni, mempertingkat integriti dan memperluas kasih sayang sesama insan.
Kelahiran Baginda SAW membawa rahmat dan cahaya kepada seluruh alam. Marilah kita memperingati perjuangan, akhlak dan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai inspirasi dalam kehidupan seharian kita baik dalam urusan peribadi mahupun profesional.
“Sesungguhnya, barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
— Riwayat Muslim (384)