IIUM Holdings Sdn Bhd

Ceramah Keselamatan Makanan di Gombak: Pelajar Didedahkan Kepentingan Pemilihan Makanan Sihat

ceramah keselamatan makanan
Puan Azura Liyana, Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak

GOMBAK, 5 September 2024 – Pejabat Kesihatan Daerah Gombak telah menganjurkan satu ceramah mengenai keselamatan makanan bertempat di Dewan Serbaguna ISSB, melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

Ceramah yang berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi itu telah disampaikan oleh Puan Azura Liyana, Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. Beliau menekankan kepentingan pemilihan makanan yang sihat serta menerangkan kesan negatif keracunan makanan kepada para pelajar.

Dalam ceramah tersebut, Puan Azura telah memberikan penjelasan yang mendalam tentang langkah-langkah untuk memastikan makanan yang dipilih selamat dan tidak berisiko. Pihak sekolah berharap agar pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian mereka, sekaligus mendorong amalan pemakanan yang lebih baik.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top