
KUANTAN – Orang ramai kini boleh menonton semula sesi siaran langsung penuh oleh Dr. Nur ‘Arsyi ‘Asyikin binti Md Arshad, Pegawai Perubatan Rehabilitasi dari IIUM Medical Specialist Centre (IMSC), yang telah berlangsung pada 29 April lalu.
Dalam perkongsian bertajuk “Pulih & Cergas Selepas Raya: Tip Rehabilitasi untuk Kembali Aktif”, Dr. Nur ‘Arsyi mengetengahkan pelbagai panduan praktikal bagi membantu individu kembali bertenaga selepas musim perayaan, dengan tumpuan pada pemulihan tubuh badan secara selamat dan berkesan.
Sesi bermanfaat ini disiarkan secara langsung pada jam 9:30 pagi dan masih boleh ditonton semula oleh orang ramai melalui pautan di bawah.
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu kesihatan secara santai daripada pakar, dan kongsikan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan yang mungkin memerlukan panduan rehabilitasi pasca Raya.