Kuala Lumpur, 22 Julai 2024 – Fakulti Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Kolej Islam Antarabangsa (IIC) telah mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia dan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai fasiliti serta fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Lawatan dimulakan dengan tinjauan sekitar bangunan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pada awalnya, para peserta berkesempatan menyantuni YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, yang sedang menuju ke Dewan Negara bagi menghadiri sesi mesyuarat.
Pada pertengahan lawatan, peserta berpeluang beramah mesra bersama Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, yang turut mengadakan sesi soal jawab dan berkongsi tips kejayaan beliau bersama para mahasiswa.
Lawatan yang dihadiri oleh 15 mahasiswa IIC dan 5 wakil pensyarah tersebut berakhir dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Fakulti kepada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul.