
Kulai, 16 Jun 2025 — Nur Safiyyah Mardhiah, pelajar dari kelas 4 Al-Furqan Sekolah Menengah Setiabudi, telah mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih Naib Johan dalam Kejohanan Terbuka Taekwondo SKID peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 14 hingga 15 Jun 2025 di Kulai, Johor.
Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada pihak sekolah, malah menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan sekelas dan pelajar lain untuk terus berusaha gigih dalam sukan dan aktiviti kokurikulum. Sekolah Menengah Setiabudi sentiasa komited dalam memupuk bakat dan pembangunan holistik pelajar di samping memberi sokongan penuh dalam aktiviti sukan.
Nur Safiyyah telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, selari dengan moto sekolah yang menekankan keberanian dan ketekunan dalam mengejar kejayaan. Kejayaan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar lain untuk menonjol di pelbagai bidang.