
Salam Satu Rejab 1447H. Semoga kehadiran bulan Rejab yang mulia ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperhalusi niat serta memperkukuh hubungan dengan Allah SWT sebagai persediaan menuju bulan Ramadan yang diberkati.
Marilah kita menghayati doa dan pengajaran yang terkandung dalam bulan Rejab dengan penuh keinsafan, agar keberkatan dan rahmat Allah SWT sentiasa menyinari kehidupan, keluarga serta seluruh warga IIUM Holdings. “Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”